MASJID CYBERJAYA - masjid raja haji fisabilillah

Monday, May 25, 2015

SEJARAH RAJA HAJI FISABILILLAH

Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Celak (1727 - 18 Jun 1784) atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalah seorang pahlawanBugis dan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777 - 1784). Dilahirkan di Ulusungai, Riau, Raja Haji meninggal dunia di Teluk Ketapang, Melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti, Kepulauan RiauIndonesia.
Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor. Manakala Raja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau. 
Raja Haji terkenal dalam melawan pemerintahan Belanda apabila Belanda berusaha untuk menawan Riau. Beliau malah cuba menyerang kubu Belanda di Melaka pada tahun 1784 tetapi tewas. Pada tahun yang sama berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini. Serangan Belanda ini menimbulkan kemarahan anak saudaranya Raja Ibrahim, menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dalam persengketaan antara Belanda dengan Johor.

MASJID CYBERJAYA - masjid raja haji fisabilillah


Setelah sekian lama umat Islam di Cyberjaya menunggu-nunggu untuk sebuah masjid ikonik dibuka di kawasan ini, akhirnya pembinaan masjid tersebut telahpun disempurnakan.
Kini umat Islam yang tinggal di sekitar Cyberjaya tidak perlu lagi bersesak-sesak untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba Cyberjaya kerana Masjid Cyberjaya sudah mula beroperasi sejak februari 2015.
Kerja-kerja pembinaan masjid itu bermula sejak April 2013 dan ia terletak bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Sepang yang terletak di Off Persiaran Semarak Api, Cyber 1.
Masjid Cyberjaya dapat menampung 10,000 orang jemaah dalam satu masa dan ia juga merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina dengan ciri-ciri pembangunan rumah hijau.


SEMUA MAKLUMAT BOLEH DIDAPATI DISINI