MASJID CYBERJAYA - masjid raja haji fisabilillah

Monday, May 25, 2015

MASJID CYBERJAYA BERTEKNOLOGI HIJAU PERTAMA NEGARA

MASJID CYBERJAYA
Tenang dan mendamaikan. Begitulah perasaannya apabila menjejakkan kaki ke Masjid Cyberjaya, masjid pertama di negara ini yang hampir keseluruhannya menggunakan teknologi hijau.
Daripada penggunaan air sehinggalah kepada reka bentuknya, hampir keseluruhan masjid bernilai RM35 juta itu bercirikan teknologi hijau yang memberikan suasana berbeza berbanding masjid lain. Ia juga lebih menjimatkan dari segi kos operasi seperti air dan elektrik.
Dibina di tapak seluas 40.4 hektar yang turut menempatkan kampus Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya – kompleks masjid itu juga dilengkapi enam unit kuarters kakitangan masjid dan dewan pelbagai guna yang boleh digunakan untuk jamuan kenduri kahwin dan sukan dalam dewan. Ia boleh memuatkan 800 orang pada satu-satu masa.
Selain kuarters yang diilhamkan dengan kehidupan kampung dengan halaman berkongsi yang boleh digunakan untuk tanaman sayuran dan buah-buahan, kompleks masjid turut dilengkapi kawasan bagi menguruskan daging korban, pejabat dan bazar bagi jualan pada hari Jumaat.
MASJID CYBERJAYA

Jimat penggunaan air
Syarikat yang bertanggungjawab terhadap rekaan dan pembinaan masjid itu, ATSA Architects memastikan penjimatan dari segi penggunaan air dengan menyediakan takungan bawah tanah bagi penuaian air hujan dan pengumpulan air lebihan wuduk untuk tujuan siraman pokok di sekeliling kawasan masjid.
Ketua Pegawai Eksekutif ATSA Architects, Ar Azim A Aziz, berkata masjid yang diilhamkan dari seni bina Masjid Negara, asalnya direka tanpa kubah.
Walau bagaimanapun, disebabkan ciri kubah ini ada pada kebanyakan masjid di nusantara terutama Malaysia, pihaknya mengambil kira pandangan banyak pihak untuk menempatkan kubah sebagai simbol masjid.
“Kami pernah mereka bentuk beberapa surau dan ini adalah kali pertama mereka bentuk masjid. Justeru, kami mahu membuat kelainan tanpa menggunakan kubah, tetapi ia kurang dipersetujui. Maka, rekaan ditambah dengan kubah. Menariknya, kubah kaca digunakan ini adalah kali pertama dipasang seumpama ini di negara ini pada binaan masjid,” katanya.
MASJID CYBERJAYA

Kubah kaca di bumbung
Katanya, kubah kaca yang ditempatkan di bumbung ruang solat utama menggunakan dua panel kaca pancaran rendah (LE) yang diimpit dengan ukiran seramik yang berfungsi bukan sahaja untuk mengindahkan binaan masjid itu, tetapi bagi menghalang pancaran terus matahari.
Udara panas akan keluar menerusi ventilator di bawah puncak kubah itu yang mengeluarkan udara yang terperangkap dan mengurangkan suhu di ruang solat utama.
Suhu di kawasan dalam ruang solat dijangka hanya sekitar 26 darjah dengan bantuan kipas. Sistem penghawa dingin yang menggunakan tenaga rendah direka untuk kegunaan kira-kira dua jam semasa solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha serta acara sambutan seperti Ramadan.
“Kami tidak mahu meniru konsep sedia ada, tetapi membuat rekaan yang disesuaikan dengan cuaca panas di Malaysia. Bagi menyejukkan kawasan masjid, pokok bunga cempaka, semarak api, teh dan frangipani turut ditanam di kawasan masjid,” katanya.
Berkonsepkan reka bentuk moden tanpa melupakan elemen tradisional. Penggunaan bahan tempatan seperti kayu dengan khat ayat al-Quran dan ukiran bunga mengindahkan lagi masjid itu.
Menggunakan konsep moden bagi mihrab dan mimbar tanpa melupakan elemen tradisional seperti ukiran kayu adalah ciri utama di dewan solat.
“Kami menggunakan tukang kayu dari Terengganu untuk mengukir mimbar dan mihrab seperti diminta oleh Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah). Kami cuba mengelak daripada menggunakan banyak corak bagi rekaan dalaman kerana ia akan menambah kos,” katanya.
Kolam air berkaca turut ditempatkan di kawasan mihrab dengan aliran air yang mencetuskan bunyi teraputik yang mendamaikan.
Masjid Cyberjaya yang boleh memuatkan 8,300 jemaah pada satu-satu masa adalah masjid pertama di negara ini yang menggunakan panel solar yang ditempatkan di atas bumbung masjid.

Jimat kos elektrik
Azim berkata dari segi penjimatan kos elektrik pula, selain kegunaan penghawa dingin yang terhad, lampu yang dipasang menggunakan sistem pengesan yang sekali gus bukan hanya tidak membazir elektrik, tetapi juga tenaga manusia daripada memeriksa lampu atau sebaliknya.
Penggunaan kaca pancaran rendah membolehkan pencahayaan yang sempurna di seluruh bangunan dan mengurangkan kepanasan yang disebabkan pancaran matahari.
“Masjid ini boleh dijadikan model bangunan yang menepati Piawaian Bangunan Hijau (GBI) berikutan penggunaan bahan kitar semula dan peralatan yang menjimatkan tenaga yang sekali gus mengurangkan kos. Selain menjadi masjid pertama yang menggunakan panel solar untuk menjana elektrik,” katanya.
Menara setinggi 27 meter adalah tumpuan utama masjid itu dan kedudukannya di hadapan masjid berdepan dengan Jalan Semarak Api direka bentuk berilhamkan Rukun Islam yang lima.
Pokok bunga tanjung yang ditanam di halaman ruang tengah masjid turut menjadi tumpuan terutama ketika ia mula berbunga dan pastinya kawasan sekeliling akan semerbak harum.

Sumber: BH Online

PLATINUM GREEN BUILDING INDEX

The Overall Design of Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya (Cyberjaya Mosque), the 1st Mosque in Cyberjaya to cater for the rapid growth of the Muslim population living and working in Cyberjaya. With the capacity to accommodate 8300 jemaah at a time, the Cyberjaya Mosque is the second largest mosque in Selangor right next to the Shah Alam Mosque. The mosque is also the first mosque in Malaysia to be awarded with a Platinum – Green Building Index. 

Some of the green building features of the mosque include:

1. Rainwater harvesting for landscaping and toilet use. 

2. Variable Refrigerant Flow (VRF) air conditioning system for energy saving. 

3. Energy-efficient LED lights. Low-E panel glass that reduces heat transfer. 

4. Grasscrete paving system on the car park area.

5. Rooftop solar panels. 6. Maximum natural air ventilation system. 

SEJARAH RAJA HAJI FISABILILLAH

Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Celak (1727 - 18 Jun 1784) atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalah seorang pahlawanBugis dan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777 - 1784). Dilahirkan di Ulusungai, Riau, Raja Haji meninggal dunia di Teluk Ketapang, Melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti, Kepulauan RiauIndonesia.
Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor. Manakala Raja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau. 
Raja Haji terkenal dalam melawan pemerintahan Belanda apabila Belanda berusaha untuk menawan Riau. Beliau malah cuba menyerang kubu Belanda di Melaka pada tahun 1784 tetapi tewas. Pada tahun yang sama berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini. Serangan Belanda ini menimbulkan kemarahan anak saudaranya Raja Ibrahim, menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dalam persengketaan antara Belanda dengan Johor.

MASJID CYBERJAYA - masjid raja haji fisabilillah


Setelah sekian lama umat Islam di Cyberjaya menunggu-nunggu untuk sebuah masjid ikonik dibuka di kawasan ini, akhirnya pembinaan masjid tersebut telahpun disempurnakan.
Kini umat Islam yang tinggal di sekitar Cyberjaya tidak perlu lagi bersesak-sesak untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba Cyberjaya kerana Masjid Cyberjaya sudah mula beroperasi sejak februari 2015.
Kerja-kerja pembinaan masjid itu bermula sejak April 2013 dan ia terletak bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Sepang yang terletak di Off Persiaran Semarak Api, Cyber 1.
Masjid Cyberjaya dapat menampung 10,000 orang jemaah dalam satu masa dan ia juga merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina dengan ciri-ciri pembangunan rumah hijau.


SEMUA MAKLUMAT BOLEH DIDAPATI DISINI